Anugerah Rookie Terbaik Major League Baseball
Anugerah Rookie Terbaik Major League Baseball

Anugerah Rookie Terbaik Major League Baseball

Dalam Major League Baseball, Anugerah Rookie Terbaik (bahasa Inggeris: Rookie of the Year Awardcode: en is deprecated ) merupakan anugerah tahunan yang disampaikan kepada dua orang pemain bintang baru (rookie) yang mempamerkan aksi cemerlang. Seorang wakil pemain dari American League (AL) dan National League (NL) masing-masing akan meraih anugerah tersebut hasil undian oleh Baseball Writers' Association of America (BBWAA). Anugerah ini mula diperkenalkan pada 1940 oleh bahagian Chicago di BBWAA yang memilih pemenang tahunan dari 1940 sehingga 1946.[1] Anugerah ini mula diperkenalkan di seluruh negara pada 1947 dan Jackie Robinson, pemain second baseman dari pasukan Brooklyn Dodgers meraih anugerah sulung. Satu anugerah diraih oleh seorang pemain dari seluruh MLB pada 1947 dan 1948. Mulai tahun 1949, penghargaan ini disampaikan kepada setiap orang pemain masing-masing dari NL dan AL. Pada asalnya, anugerah ini dikenali sebagai J. Louis Comiskey Memorial Award, yang dinamakan sempena nama pemilik Chicago White Sox pada era 1930-an. Kemudian, anugerah ini dinamakan semula sebagai Anugerah Jackie Robinson pada Julai 1987,[2] iaitu 40 tahun setelah Robinson memecahkan garis warna besbol.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah Rookie Terbaik Major League Baseball https://www.worldcat.org/issn/0005-609X http://mlb.mlb.com/mlb/official_info/about_mlb/rul... https://web.archive.org/web/20080803114224/http://... http://www.baseball-almanac.com/awards/aw_roy.shtm... https://web.archive.org/web/20080513115833/http://... http://sports.espn.go.com/mlb/news/story?id=165848... https://web.archive.org/web/20090215055201/http://... http://search.japantimes.co.jp/cgi-bin/sb20070527w... https://web.archive.org/web/20080303224413/http://... https://www.baseball-reference.com/players/r/robin...